3 Tips Bagi Mengelakkan Bajet Renovate Rumah Anda Hangus

Ni mari baca sikit tips dari kami tentang apa yang perlu dilakukan sebelum nak buat renovate rumah tu. Jangan hentam je, nanti habis hangus duit bajet renovation anda semua.

TIPS 1: #JANGAN#TERGESA-GESA!

Ya..Kami faham anda semua dah dapat rumah baru ni, kadang tak sabar kan nak pindah masuk. Tak sabar nak renovate sana sini, lepas tu nak jemput semua datang housewarming kan.

Yang penting sebelum pilih kontraktor, buat pemilihan kontraktor yang anda rasa terbaik dari segi kelayakan dan pengalaman kerja. Kalau boleh minta profil syarikat mereka. Paling best buat lawatan ke ofis mereka. Ambil masa untuk buat saringan!!

TIPS2: TENTUKAN #BAJET ANDA..

Haa..Kalau nak buat sesuatu atau nak belanjakan sesuatu tu mesti kita perlu tengok bajet dulu kan. Dari bajet tu la baru kita rancang nak buat apa. Tak semestinya kita kena buat semua benda kan. Jadi buat renovasi perkara-perkara yang penting dahulu. Jangan buat semua.. Takut nnti hangus poket tu..Lain la kalau memang Jutawan, yang ini diizinkan. Boleh panggil team Renorumah untuk bantu renovate..hehe..

TIPS3: BUAT #KONTRAK

Yang ni antara yang paling penting..Minta mereka sediakan dokumen-dokumen yang menyatakan kerja dan segala tanggung jawab kontraktor. Sediakan dokumen perjanjian dan lain-lain yang diperlukan. Lebih baik lantik peguam untuk sediakan kontrak jika nilai kerja bernilai ratusan ribu ringgit..

Sekian..Selamat beramal….

#renovaterumah #tukangrumah #tipsrenovaterumah #tipsrenovaterumah

Login
HOW CAN WE HELP YOU